Jangan bersedih, Layla

Jangan bersedih, Layla

Cerita Pendek Suhana Aka Setiakasih

1

AYAH yah, jika anakmu ini tidak mampu untuk jadi setia kepada pilihan yang amat disayangi oleh ibu itu, kiranya bagaimana, ya? Kini saya tidak mampu berfikir dengan jelas, adapun hubungan saya dengan pilihan ibu itu tidak bisa melawan rasa cinta dan rinduku kepada teman lamaku. Kira pun saya ditakdirkan menikahinya, bagaimanakah dosa yang saya pasti pikul kerana hanya menginginkan lelaki yang saya amat cintai?’ terang Layla.

Ayah terkejut dan beristighfar. Dilihatnya muka anak sulungnya itu.

‘Adapun kiranya saya bernikah dengan dia, saya pasti jadi isteri yang nusyus. Ayah, saya tahu saya jahat. Saya tahu saya berdosa. Jadi mohon… saya mohon pada ayah.. luruskan pemikiran saya. Sucikan jiwa dan perasaanku kerna anakmu ini tahu, Ya.. saya tahu.. saya sedang berdosa. Saya tidak layak untuk sesiapa,’ tambah Layla.

‘Jadi siapa yang kau cinta separuh mati itu?’ tanya ayah.

‘Ayah, saya mencintai seorang lelaki sejak di bangku sekolah. Tapi ketika itu dia tidak cintakan aku. Saya sanggup menunggu dia tapi dia takut memberi janji kepada saya untuk setia. Hingga kini saya masih cinta dan rindu kepadanya walaupun saya sudah kenal dengan Daud. Saya pasti tidak ketemunya lagi. Saya berasa saya ingin hidup semula setelah tamat pengajian. Sekian lama saya terkenangkannya. Saya nak cari dia. Saya yang berada di hadapan ayah ini cuma hidup dengan badan bernyawa .. tanpa rasa cinta tanpa kasih- kosong dan dingin. Hanya langsungkan hidup atas nama tanggungjawab sebagai makhluk Allah.’

Semua sana jadi semakin hangat. Namun, di hati Layla tetap dingin yang berlabuh. Dia menangis teresak-esak. Ayahnya memandang ke luar jendela. Jauh lamunannya. Entah apa yang di benaknya. Dahinya berkerut. Sekali sekala dia menghela nafas dan melepaskannya perlahan seolah-olah dihimpit keadaan yang sukar.

‘Ayah… Ayah ingat Zaki. Teman persekolahanku dulu?’ Layla melutut dan memegang tangan ayahnya.
‘Layla, kamu ini biar benar! Atau kamu sudah gila? Bukankah Daud itu lebih bagus daripada dia? Kau nak semula lelaki yang sudah menolak kau?’ bentak ayah terus dia mengoncang bahu Layla yang melutut di hadapannya.

‘Ayah… Ayah… kalaupun dulu ayah suruh saya nikah dan saya sudah bernikah. Saya tetap akan ingat kepada Zaki. Dialah yang memberikan saya semangat untuk hidup semasa semua orang tidak pedulikan saya di KL. Saya hidup berikat perut. Kata-katanya memberi semangat untuk saya berjuang meneruskan pengajian. Saya hidup tertekan bergantung hidup dengan duit ehsan dari rakan-rakan. Saya menulis surat kepadanya walaupun saya tahu dia tidak membalasnya. Saya pasti dia terima surat saya. Dengan surat-surat itu saya hidup ayah. Biar ayah kata saya gila. Gila. Ya mungkin juga. Kerana saya terlalu cintakan dia,’ pujuk Layla.

‘Layla!’ayah meninggikan suara kepadaku.

‘Ayah… saya tidak salahkan ayah. Kerana saya tahu ayah juga tidak mampu membantu saya ketika itu. Should I be married now, have kids, I still want him… dad. I am completely crazy!’ Layla bagai hilang akal.

‘Apalah kekurangan Daud itu hah, Layla? Hell.. you are completely crazy. Mau pergi balik kepada lelaki yang tidak mahukan kamu pada asalnya itu? Lelaki begitu kau nak jadikan teman hidup? Damn you Layla. You are plain stupid and obsessed! Macamlah Zaki tu nak kan sangat dengan kau. Nanti kau yang merana. Kat mana kau nak cari dia? Kau cakap! Cakap!’ tangan ayah singgah di pipi Layla.

‘Ayah… kalaupun saya sudah kahwin. Jadi janda atau balu sekalipun, Zaki tidak mahu kepada saya pun .. saya tidak perduli. Jiwa saya sudah mati. Fikiran saya sudah miring. Akal saya sudah hilang. Biarlah saya hidup bebas. Tanpa ikatan. Daripada saya kahwin, saya melahirkan zuriat dan terus melukakan orang yang tidak bersalah. Biarlah saya ini berdosa. Sendirian. Saya tidak mahu bernikah dengan yang lain. Tidak!’ Layla bercakap bagaikan dia sudah hilang akal.

‘Cuba kau cerita pasal Zaki kau tu. Bagus sangat kah dia tu?’ tanya ayah.

“Dia manusia biasa. Insan yang saya cinta dengan pandangan pertama,’ kata Layla.

‘Cinta pandang pertama. Kau nak hidupkan cinta itu. Itu cinta monyet. Memang kau dah gila,’ kata ayah sambil menggelengkan kepala.

‘Ya ..ayah. Kali terakhir saya dengar dia masuk tentera udara. Dia seorang juruterbang tentera. Bertugas di Kem PBB di Afghanistan,’ terang Layla.

“Astgharfirullahala’zim. Masya allah. Apa yang kau buat ini? Kau nak bunuh diri kau sendiri aku tak kisah. Tapi fikirlah tentang masa depan kau nanti Layla. Diluah mati emak .. ditelan mati bapak. Kalaupun ayah setuju, ayah tidak mahu anak cucu ayah susah. Itu kisah dulu Layla. Entah hidup entah mati dia tu. Cuba kau bawa mengucap! Kau sedar apa yang kau nak buat ini?  Kau bercakap bagai tidak ada iman,’ marah ayah.

‘Layla sedar ayah. Tapi saya masih cinta dan kasih kepadanya. Saya nak cari dia ayah.. Please, dad,’ pujuk Layla.

‘Cinta? Kau cerita pasal kasih? Cinta apa yang terlalu buta hingga kau tidak nampak realiti hidup. Dunia ini kejam, Layla. Ayah pasti kau lebih tahu itu. Kau budak Universiti. Kenapa jadi bodoh begini? Ayah tak setuju kau pasang jerat di lehermu sendiri. You are too valuable to be sacrificed. I love you Layla. Think about your future. You are 24 years old. Single. Working in a rural area. So far away from civilization. I could not afford of missing you and letting you decide on your future own your own. You are still my daughter. You are bound to my orders. Forget him for he was the one who pricked you first! A prick will be a prick,’ jelas ayah.

‘Ayah… He is not a prick, ayah. I know he had reasons. Tetapi ayah, bantulah Layla. Nasihatkan saya. Tunjukkan jalan kepada saya kerana saya tidak mampu berfikir dengan waras. Saya tak nak jadi anak derhaka. Please ayah. Tell me what to do,’ rajuk Layla sambil menangis.

“Layla sayang. Yang berlalu telah berlalu. Bukakan hatimu untuk Daud. Dia jodoh yang terbaik untukmu. Dia tidak pernah melukakan hati mu. Ayah tahu dia akan jadi suami yang baik. Ayah sudah setuju dengan cadangan ibumu untuk menunangkan kamu dengan dia bulan depan. No compromise. You have to give it a rest! Ayah tahu kau amat terluka. Tapi ingat , siapa yang melukakan kamu terlebih dahulu? Andai jodoh kau benar dengannya, Allah SWT pasti akan memberi petunjuk kepadamu. Lupakan dia. Dia sudah buat keputusan itu. Hormatilah dia. Mungkin dia mahu kau bahagia dan hidup dalam keadaan aman. Solat istiqharah banyak-banyak. Mohon ketetapan hati kau tu,’ nasihat ayah.

‘Ayah… beratnya amanah ini untukku pikul. Seakan saya mahu hentikan masa untuk berfikir. Baiklah ayah. Saya akui hakikat ini. Saya pasrah dengan qada’ dan qadarNya. Terima kasih ayah,’ Layla mencium tangan ayahnya dan terus melangkah longlai ke pintu rumah. 

2


‘Layla. Apa keputusan kau?’ tanya Mak Midah.

‘Saya keliru, mak. Mampukah saya menyintai Daud sepertimana saya mencintai Zaki? Saya takut mak. Takut..’ rintih Layla. Dipeluknya erat ibunya itu. Airmata ibunya mengalir lesu. Tidak mampu dia mengatakan apa-apa kepada anaknya itu. 
Anaknya terlalu cintakan Zaki.

Zaki baginya serang lelaki yang amat menghormati perempuan dan alim. Taat kepada ibu bapa. Sering juga Zaki menasihatkannya tentang mentaati perintah ibu dan bapa. Zaki sentiasa mahu Layla berbaik-baik dengan ibu tirinya. Ya, pada masa itu hubungan Layla dan ibu tirinya sangat tidak baik. Itulah yang diingati oleh Layla. Jika Zaki tidak menasihatnya dengan lemah lembut, pasti Layla telah lari dari rumah dan tidak akan kembali. Zaki banyak mengubah perseptifnya yang pesimis dalam hidup menjadi seorang yang penuh dengan harapan dan pemikiran positif dalam apa keadan sekalipun.

Sejak dia menyambung tingkatan enam di Sabah, hanya nama Zaki di bibirnya. Betapa dia menghormati Zaki dan menginginkan hidup bersama dengannya. Hingga Layla ke menara gading pun dia sering bertanya, adakah surat-surat Zaki sampai di rumah memandangkan pada awal pendaftaran masuk ke Universiti Malaya, Layla tidak mempunyai alamat tetap.

Setiap minggu Layla menghantar surat kepada Zaki yang berada di UKM. Namun, Zaki hanya akan membalas sebulan sekali. Bukan dengan baris-baris surat cinta tetapi kata-kata semangat untuk menyambung belajar dan dalam surat-surat terakhirnya hanyalah tertulis sajak-sajak yang Layla tidak fahami maksud sebaliknya. Namun, Layla tetap menulis surat walau tidak dibalas setelah mereka masing-masing memasuki tahun kedua Pengajian di Matrikulasi. Layla bertanya kepada bekas rakan-rakan sekolah yang di Kota Kinabalu, Sabah. Barulah dia mendapat tahu Zaki melanjutkan pelajaran di New Zealand. Layla pasrah. Namun, hatinya masih kukuh menyintai Zaki. Layla menghantar surat terakhir kepada kakak Zaki di Kota Marudu. Mohon memaklumkan kepada Zaki alamat tetap ibunya di Kuching dan alamat pejabat ayahnya di KK. Di dalam hatinya cuma ada Zaki. Hanya Zaki. Tiada yang lain.

‘Layla. Zaki dah tinggalkan kau. Jangan kau ingat kepada dia. Kau ni obsess ke? Mak tak izinkan kau memperlakukan diri kau begini,’ pujuk Mak Midah.

Layla menangis teresak-esak. Zaki cinta pertamanya. Hanya Zaki yang ada di hatinya. Zaki tempat dia mencurah rasa. 

‘Zaki, di mana dikau? Datanglah kepadaku. Aku perlu kamu,’ bisik hatinya.

3


Empat malam Layla solat Istikharah. Setiap kali dia sujud pasti dia menangis. 
Awal subuh itu telefonnya berdering. Jam 3.00pg. Siapa yang telefon subuh-subuh begini?

‘Hello… Assalamualaikum, Layla,’ terdengar satu suara yang seakan sangat Layla kenali. Zaki!

‘Waalaikumusalam. Zaki,’ jawab Layla. 

Keadaan jadi tegang seketika. Masing-masing terdiam. Memori zaman persekolahan dan imej-imej surat kiriman Zaki terbayang di ingatan. Zaki turut tergamam. Tidak langsung dia sangkat Layla masih mengenali suaranya.

‘Apa khabarmu, Layla?’ tanya Zaki.

‘Syukur, aku baik-baik sahaja. Kamu?’ tanya Layla dalam pelat Sabahnya.
‘Aku macam biasa. Steady. Akukan orang penting. Perlu sihat. Nanti tak berangkat pesawat tu sebab pilotnya sakit,’ ujar Zaki. Dia ketawa kesil.

‘Aku merindui kamu, Zaki,’ kata Layla. 

Zaki terdiam. 

Senyap. Hanya hela nafas mereka berdua kedengaran.

‘Setelah begini lama kamu masih merindui aku?’ Suara Zaki bergetar. Sekali sekala terdengar suaranya berdehem. Sebak.

‘Layla, aku dengar kamu akan bernikah? Betul?’ tanya Zaki.

Layla terkejut. Zaki tahu akan rancangan penikahannya?

‘Bagaimana kamu tahu?’ tanya Layla.

‘Itu Layla usah ambil tahu. Zaki cuma berharap Layla bahagia dengan pilihan ibu bapa Layla. Mereka tahu jodoh yang terbaik buatmu. Layla, jangan ingat lagi kepadaku. Aku mohon. Ikutilah kemahuan ibu bapamu,’ ujar Zaki. Dengan suara yang tenang seperti mana tenangnya dia semasa menasihatkan Layla untuk berbaik dengan ibu tirinya.

‘Kau tahu nombor telefonku selama ini dan hanya kini kau menghubungiku? Kalau kau benar-penar peduli tentang aku, kenapa tinggalkan aku tanpa apa-apa kata pemutus? Dan siapakah kau untuk memberitahu aku Daud itu sesuai denganku?’ marah Layla.

Zaki terdiam. Layla menangis sepenuh hati. Zaki berdehem lagi. Suaranya macam tidak dapat dikeluarkan dari kerongkong. Tekaknya tiba-tiba rasa perit.

‘Aku terpaksa meninggalkan kamu kerana aku tidak mahu kamu jadi mangsa. Aku seorang tentera. Bila-bila masa boleh menemui ajal. Aku tidak sanggup melihat kau tersiksa. Aku ambil berat terhadapmu, Layla. Aku tidak mahu kau menanti aku dengan penuh tersiksa. Biar aku sahaja menderita,’ katanya.

‘Zaki! Jangan kau buat begini kepada aku. Aku faham tanggungjawabmu dan risiko kerja yang galas. Aku sanggup tunggu kepulanganmu. Sampai bila-bila. Asalkan kau kembali kepadaku. Aku sanggup. Demi cinta kita,’ rayu Layla.

‘Layla, kau terlalu baik untukku. Aku tidak sanggup menjadikan kamu mangsa keadaan ini. Kalau kita bersama, aku tidak pasti aku masih mampu berjauhan denganmu. Layla, bebaskan aku. Membebaskan aku, bererti membebaskan dirimu,’ pujuk Zaki.

‘Zaki… jangan buat aku begini…. Zaki… tolonglah..’ rayu Layla.

‘Layla, jika benar ada jodoh, pasti tidak akan ke mana. Mungkin kita tidak jadi pasangan suami isteri di dunia. Aku mohon kepada Tuhan agar kita menjadi pasangan di syurga Firdaus. Itu jauh lebih manis, bukan,’ ujarnya untuk mengambil hati Layla.

‘Layla, yang kita ada adalah kenangan bahagia di bangku sekolah. Aku tidak nafikan kau telah memberi kesan dalam hidupku. Buat aku mahu hidup dan berjuang. Tapi itu hal lama. Namun, demi hormatku terhadap pilihan orang tuamu, aku mohon. Turutilah kemahuan mereka. Aku pasti hidupmu lebih diberkati Tuhan Maha Esa. Aku nasihatkan kamu atas nama persahabatan kita dan menghormati segala kenangan manis yang kita ada,’ kata Zaki.

‘Persahabatan? Zaki. Kau memang dingin. Terima kasih atas kekejamanmu ini. Kamu menelefonku hanya untuk minta dibebaskan dan menyerahkan kembali hatiku ke tangan lelaki lain,’ ujar Layla.

‘Layla, percayalah kepada suratan Tuhan yang tertulis di Luh Mahfuz. Dia Maha Tahu akan jodohmu. Dia bukan aku. Aku pasrah. Layla, aku mohon. Bebaskanlah aku. Kau akan lebih tenang. Aku tidak pernah menjanjikan apa-apa. Lantas, janganlah kau pegang lagi kepada kenangan lama kita,’ terang Zaki dengan penuh berhati hati agar tidak melukakan lagi hati Layla.

‘Erm… Kamu suka membaca buku bukan? Aku telah kirimkan sebuah buku buatmu. La Tahzan. Cukup mujarab merawat hati yang luka,’ ujarnya.

‘Kamu memperli aku? Kamu masih minta aku membaca buku dalam keadaan begini? Terima kasih banyak! Kamu memang nyata hebat dalam hal-hal yang membunuh. Bagaimana kamu tahu alamatku? I demand an explanation!’ ujar Layla.

‘Hatiku masih mengesan isyarat hatimu. Jawapannya pasti akan membuatkan kita lebih parah,’ jelas Zaki.

‘Jika ini akhirnya, Zaki. Aku pasrah. Maka terbebaslah kita dari benang-benang kenangan manis kita bersama. Aku cuma minta satu. Maafkan aku kerana aku telah terlanjur mencintai kamu,’ kata Layla.

Zaki terdiam. Terdengar oleh Layla tika Zaki melepaskan nafasnya dengan berat sekali. 
‘Layla, maafkan aku atas segala yang berlaku. Maafkan aku kerana aku tidak berterus terang denganmu. Selamat Pengantin Baru. Terima kasih kerana membebaskan aku.  Assalamualaikum,’ kata Zaki.

‘Zaki!’ jerit Layla.

Zaki terus memutuskan talian telefonnya.

Dingin malam itu sungguh mengilukan. Layla masih duduk di atas sejadahnya.  Inilah petunjuk dari Allah SWT. Dia menutup mulutnya, tapi dia meraung. Arghhhh!!!!

4.


Majlis akad nikah akan dimulakan. Layla masih menangis di biliknya. Daud pun masuk sebentar untuk berjumpa dengan Layla dengan izin ayah Layla. 

‘Layla, kenapa ni? Cuba terangkan kepada saya,’ pujuk Daud dengan baik.

‘Daud. Awak tahu saya amat mencintai Zaki. Sanggupkah awak menerima saya? Saya kasihankan awak. Susah saya nak terima orang lain setelah Zaki pergi,’ jelas Layla. 

Dipeluknya buku La Lahzan yang sampai pagi tadi.

‘Layla, percayalah kepada gerak hati awak. Dengan izin Tuhan, kita bertemu. Dengan izin Tuhan, kita bernikah. Dengan izin Tuhan, kita akan bercinta. Saya tidak akan memaksa awak jika awak masih belum bersedia menyintai saya. Saya janji atas nama Tuhan, saya tidak akan sentuh awak selagi awak tidak datang kepada saya. Saya cintakan awak sejak dari kali pertama kita berjumpa dan sejak dari itu saya berjanji saya akan menjaga awak dan hubungan kita sebaik-baiknya. Benarkan saya buktikan cinta saya terhadap awak. Saya tidak akan tinggalkan awak selagi nyawa dikandung badan. Putus kasih memang sakit. Saya sedar hakikat itu. Namun, berilah saya peluang untuk mendapatkan cinta awak yang kudus dan suci itu. Izinkan saya buatkan awak lupa kepada dia,’ pujuk Daud dengan perlahan.

Layla memandang wajah manis ustaz Daud, bakal suaminya itu. Luluh hatinya mendengar pujukan dan nasihat daripadanya. 

‘Awak nak buat saya lupakan Zaki? Ini ambil masa yang lama. Awak sanggup tunggu?’ tanya Layla.
‘Sanggup. Kita sama-sama usaha untuk yang terbaik. Ini tandanya kita sayang kepada Tuhan dan Tuhan sayang kepada kita. Sesungguhnya perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik. Saya percaya dan yakin Layla perempuan yang baik. Saya rasa bertuah,’ pujuk Daud.

‘Buku apa tu? Nampak menarik.’ tanyanya memecah ruang masa yang mencengkam pemikiran Layla. 

‘La Tahzan. Sahabat Layla hadiahkan,’ terang Layla.

‘Oh, La Tahzan. Jangan bersedih. Bagus bukunya. Boleh tak nanti tolong ceritakan kandungannya kepada saya?’ Daud tersenyum.

‘Awak dah baca? Buat apa saya nak ceritakan lagi?’ Layla hairan.

‘Membaca sendiri tidak seindah dan kurang menyentuh hati. Jika isteri yang bacakan, suami pasti akan gembira mendengarnya. Dapat mengeratkan perhubungan dan kasih sayang,’ usiknya.

‘Wah! Pandai memujuk la ustaz ni,’ kata Layla. Dia tersenyum. Airmatanya telah berhenti mengalir. Di dalam hatinya terdetik rasa hormat kepada lelaki yang berada di hadapannya. Hatinya seolah-olah disirami air telaga dari Syurga.

Tenang. Angin sepoi bertiup dari jendela. Dunia seakan bergerak dan bunga baru sahaja mula mekar.
‘Mmm… abang Daud keluarlah dulu. Layla nak betulkan solekan. Lepas ini saya keluar,’ kata Layla sambil tersenyum. Abang? Macam tak percaya juga Layla boleh memanggil Daud dengan gelaran itu. 

‘Baiklah, permaisuriku. Erm… Layla… Kau segalanya tentang hidup yang aku perlu,’
Daud beredar dan tersenyum.

Darah menyerbu ke muka Layla. Bukan kerana marah… tapi tersentuh. Hatinya kembali hangat. Jantungnya berdegup kencang. Hatinya juga kembali hidup.

***

Klik VERSI PDF

Sumber : Buku Antologi 22 Cerpen Borneo Pilihan 2012

Editor : Adella Azizah Maharani

”The ”The ”The ”The

Tinggalkan Balasan

ArabicEnglishIndonesianMalay
%d blogger menyukai ini: