Waris Meminta Cadangan Idea untuk Nama Barunya, Tukar Nama Baru Bermula 1 Januari 2020

Rasa Terhina dan Mahu Berhenti Menggunakan Nama Sekarang

Penyanyi, Waris mengumumkan akan menukar nama komersialnya bermula 1 Januari 2020.

rasa terhina dengan nama sekarang, waris umum tukar nama baru bermula 1 januari 2020
Waris sumber foto My Metro

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias berkata, keputusan untuk menukar nama komersial ini dibuat selepas rasa terhina dengan nama yang digunakan selama ini.

“Hampir lapan tahun berada dalam industri seni, saya sudah letih apabila ramai tidak respek serta memperlekehkan nama komersial yang diberikan.

“Mereka tergamak memanggil dengan panggilan jelobak ko jolobu (lirik lagu Gadis Jolobu) atau Rembau Most Wanted. Saya rasa terhina dan mahu berhenti menggunakan nama Waris,” katanya kepada pemberita.

rasa terhina dengan nama sekarang, waris umum tukar nama baru bermula 1 januari 2020

Sebelum ini, Waris juga telah meminta pengikutnya untuk menyumbangkan idea bagi nama baru yang sesuai digunakan selepas ramai memperlekehkan nama komersialnya itu.

Sumber

”The ”The ”The ”The

Tinggalkan Balasan